NEW YORK, 26 April – General Motors (GM) berkata semalam ia merancang menambah 700 pekerjaan pada September untuk merangsang pengeluaran kenderaan sportutility dan model untuk dieksport ke Australia dan New Zealand.
Keputusan itu keluar kurang daripada dua minggu selepas syarikat mengumumkan ia akan membuang 1,500 pekerja di sebuah kilang lain yang mengeluarkan kereta kecil, di mana telah melihat permintaan yang merosot.
Pekerjaan baharu akan ditambah kepada kilang di Spring Hill, Tennessee yang mengeluarkan model baru, menyumbang kepada 48.5 peratus daripada pasaran runcit Amerika Syarikat (AS).
Syarikat kereta AS itu akan menambah syif ketiga di kilang “hasil daripada permintaan pasaran yang meningkat untuk GMC Acadia dan Cadillac XT5,” kata jurucakap GM Dayna Hart dalam satu e-mel kepada AFP. – AFP