Monday, May 12, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    GM sasar kenderaan elektrik 2035

    DETROIT, 29 JAN – General Motors (GM) telah menetapkan matlamat untuk mengeluarkan majoriti kenderaan elektrik menjelang tahun 2035, dan menjadikan seluruh syarikat neutral karbon, termasuk operasinya, lima tahun selepas itu.

    Matlamat pengeluar kereta untuk mengeluarkan kenderaan elektrik telah menerima rangsangan besar pada tahun ini. GM telah pun mengumumkan ia akan melabur AS$27 bilion dalam kenderaan elektrik dan automatik dalam tempoh lima tahun akan datang, pertambahan 35 peratus dalam pelan yang dikemukakan sebelum pandemik. Ia akan menawarkan 30 model kenderaan di seluruh dunia menjelang pertengahan dekad ini. Pada akhir 2025, 40 peratus daripada model AS akan menjadi kenderaan elektrik bateri. Syarikat juga merancang memasukkan model SUV, sedan dan trak dalam barisan kenderaan elektriknya.

    GM berkata semalam ia akan mendapatkan 100 peratus sumber tenaga boleh diperbaharui untuk menjana kilang di AS pada 2030 dan tapak global pada 2035. Ia adalah lima tahun lebih cepat daripada matlamat global yang diumumkan sebelumnya.

    Ia juga mempunyai matlamat untuk mengeluarkan kenderaan tugas ringan baharu, kebanyakannya elektrik dalam 14 tahun. Syarikat akan menumpu untuk menawarkan kenderaan sifar pelepasan karbon dalam harga berlainan. Ia juga bekerjasama dengan firma lain, termasuk Dana Pertahanan Alam Sekitar, untuk membangunkan infrastruktur untuk menjana kenderaan elektriknya serta mempromosi penggunaan mereka. – AP

    Gambar fail menunjukkan Cruise AV, kereta elektrik General Motors dipamerkan di Detroit. GM telah menetapkan matlamat untuk mengeluarkan majoriti kenderaan elektrik menjelang tahun 2035. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda