Go Bo-Gyeol mahu penonton fokus

Drama bersiri Hi Bye, Mama sudah berakhir pada 19 April lalu namun episod terakhirnya itu masih menjadi perbualan hangat warganet di laman sosial.

Rata-rata warganet memberi pendapat yang berbeza mengenai keputusan Cha Yoo Ri (lakonan Kim Tae-hee) yang memilih kematian semula selepas dihidupkan semula selama 49 hari.

Bagaimanapun, salah seorang pelakon drama tersebut iaitu Ko Bo-Gyeol berkata dia lebih suka jika penonton fokus kepada jalan cerita dan mesej yang disampaikan berbanding pengakhiran.

“Saya tahu ada beberapa pendapat mengenai pengakhiran drama tersebut.

“Apa sahaja keputusan Cha Yoo Ri telah buat, pasti akan ada pihak yang tidak akan bersetuju.

“Daripada pengakhiran, saya lagi suka jika penonton fokus kepada drama dan mesej yang mahu disampaikan dalam keseluruhan 16 episod.

“Drama itu mengisahkan tentang apa yang sangat penting dalam keluarga dan kehidupan harian,” katanya. –Agensi

Go Bo-Gyeol menjelaskan mengenai babak akhir drama Hi Bye, Mama. – Agensi