Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Go First fail kebankrapan

    NEW DELHI, 3 MEI — Syarikat penerbangan India, Go First memfailkan kebankrapan dan menggantung penerbangannya selama tiga hari mulai hari ini, menyebabkan kesukaran kepada beribu-ribu penumpang.

    Kenyataan di laman web syarikat penerbangan itu kelmarin mengatakan pembatalan itu disebabkan oleh sebab operasi. “Pemulangan bayaran balik penuh akan diberikan tidak lama lagi,” menurut kenyataan itu.

    Dalam mesej kepada pekerjanya kelmarin, ketua syarikat penerbangan, Kaushik Khona berkata Pratt & Whitney telah gagal membekalkannya dengan penggantian enjin pesawat yang rosak, kata agensi berita Press Trust of India.

    Pratt & Whitney, pengeluar aeroangkasa Amerika dengan operasi global, tidak memberikan ulasan segera.

    Khona berkata syarikat penerbangan itu melakukan segala yang mungkin untuk mengendali situasi dengan penuh berhati-hati dan prihatin terhadap semua kakitangan.

    Menteri Penerbangan Awam India, Jyotiraditya Scindi berkata kerajaan sedang membantu syarikat penerbangan yang terkesan itu. – AP

    Kakitangan Go First bekerja di kaunter tiket penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Indra Gandhi di New Delhi, India, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...