Friday, November 29, 2024
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Go Hyun Jung menyesal tak usaha jumpa anak-anak

    Pelakon Go Hyun Jung kesal apabila tidak berusaha berjumpa dan meluangkan masa dengan dua orang anak-anaknya.

    Hyun Jung, 53, berkata, perasaan sedih yang dirasainya itu sangat menyakitkan sehingga hatinya berasa kosong.

    “Ramai orang tertanya-tanya sama ada saya dapat berjumpa dengan anak-anak saya.

     “Saya tidak pernah tinggal bersama mereka jadi saya berasa segan dan terasing apabila berada di samping mereka.

    “Saya tidak pernah menyedari betapa remuknya hati saya apabila tidak berpeluang bersama mereka.

    “Perasaan kehilangan itu sudah tidak boleh diisi dan ia menyakitkan,” ujarnya.

    Hyun Jung berkongsi rasa sedih itu menerusi rancangan bual bicara You Quiz on the Block pada Rabu.

    Bercerita lanjut, Hyun Jung menyifatkan dirinya sebagai seorang ibu yang tidak bertanggungjawab.

    Malah dedah aktres itu, setiap hari dia menangis namun perkara itu tidak diketahui sesiapa pun.

     “Saya merasakan seperti saya ini seorang yang sangat tidak bertanggungjawab.

    “Saya fikir saya sudah memberikan segala-galanya, tetapi saya menyedari terdapat kebocoran dalam hidup saya.

    “Saya sentiasa menangis tetapi tidak boleh lakukannya di hadapan orang lain,” katanya.

    Untuk rekod, Hyun Jung berkahwin dengan Chung Yong Jin yang merupakan pengerusi syarikat Shinsegae pada 1995 namun bercerai pada 2003.

    Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Chung Hae Chan, 28, dan Chung Hae In, 24.

    Selepas bercerai, Hyun Jung kehilangan hak penjagaan anak-anaknya. – Agensi

    Hyun Jung rasa dirinya sebagai ibu yang tidak bertanggungjawab. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda