Thursday, February 6, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Go-Jek masuki pasaran Singapura

    SINGAPURA, 29 Nov – Go-Jek Indonesia melancarkan versi percubaan aplikasi perkhidmatan teksi di Singapura hari ini, sebelum penyertaan penuh pada awal tahun depan tatkala ia barhasrat untuk bersaing dengan pemimpin pasaran Grab.

    Go-Jek berada di tengah pelan perkembangan bernilai AS$500 juta di luar Indonesia dengan tumpuan pada Asia Tenggara, dan baru-baru ini telah memperkenalkan perkhidmatan di Vietnam dan Thailand.

    Ia mengendali satu armada teksi motosikal, kereta persendirian dan perkhidmatan lain, daripada urut dan pembersihan rumah kepada membeli-belah runcit dan penghantaran makanan, boleh diperoleh menerusi telefon pintar, walaupun pelancaran Singapura hanya akan menawarkan teksi kereta.

    “Hari ini menandakan perjalanan kami di Singapura, jadi kami berasa amat gembira, amat rendah hati,” beritahu presiden Go-Jek, Andre Soelistyo kepada wartawan.

    Pasaran Singapura telah dikuasai oleh firma teknologi Grab sejak ia membeli pesaing perniagaan perkhidmatan teksi dan makanan yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) iaitu Uber, di Asia Tenggara pada awal tahun ini, sekali gus menamatkan persaingan yang sengit.

    Kelihatan penunggang Go-Jek berada di jalan raya Indonesia. Go-Jek barhasrat untuk bersaing dengan pemimpin pasaran Grab di Singapura, yang mana sebelum ini ia sudah memasuki pasaran di Vietnam dan Thailand. – AP

    Sebagai tukaran, Uber menerima 27.5 peratus saham dalam Grab.

    Pengawas anti-monopoli Singapura mendenda Grab dan Uber kerana melanggar peraturan persaingan ketika penggabungan. Soelistyo berkata ketibaan Go-Jek akan membantu memastikan ‘persaingan yang sihat’.

    Aplikasi beta Go-Jek boleh diperoleh untuk dimuat turun mulai hari ini kepada jumlah pelanggan yang terhad, dan hanya akan merangkumi beberapa kawasan tertentu di negara kota.

    Versi beta digunakan untuk menguji dan mendapatkan maklum balas daripada jumlah pengguna terhad sebelum perkhidmatan penuh bermula.

    Go-Jek telah bergabung dengan bank terbesar Singapura DBS, berharap dapat menembusi pangkalan pelanggan pemberi pinjaman itu untuk menjana pasaran saham, dan menawarkan faedah kepada pelanggannya sebagai balasan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda