Go Soo bakal bintangi drama misteri seram baharu

Pada 5 Mac lalu, Joy News 24 melaporkan bahawa Go Soo menerima tawaran untuk membintangi drama OCN, They Were There dan kini sedang mempertimbangkannya.

Pada mulanya dikenali sebagai Missing, They Were There adalah sebuah drama misteri seram yang berlatar belakangkan sebuah kota roh di Korea. Sebelum ini, OCN mengumumkan barisan drama tahun 2020 dan They Were There disenaraikan sebagai salah satu drama yang akan ditayangkan pada tahun ini.

Sebagai tindak balas kepada laporan itu, BH Entertainment berkata pelakon tersebut memberikan respon yang positif untuk mempertimbangkan tawaran itu.

“Go Soo memberikan pertimbangan secara positif untuk muncul dalam drama baharu They Were There. Drama ini dalam perbincangan untuk terbitan pada suku kedua tahun ini,” jelas OCN kepada Newsen.

Namun tarikh dan tayangan perdana yang tepat belum diputuskan lagi. – Agensi

Go Soo memberikan respon yang positif untuk membintangi drama misteri seram baharu OCN, They Were They. – Agensi