MADRID, 8 Mei – Kapten Atletico Madrid Diego Godin mengumumkan hari ini dia akan meninggalkan kelab itu pada penghujung musim.
Pemain itu adalah seorang daripada pertahanan tengah terbaik dunia di bawah kendalian jurulatih Atletico, Diego Simeone yang menghadiri sidang akhbar penuh emosi di Wanda Metropolitano, bersama beberapa pemain dan presiden, Enrique Cerezo.
Pemain berusia 33 tahun itu tidak mengesahkan kelab akan disertainya tetapi menyatakan menyesal tidak dapat bersetuju dengan kontrak baharu.
“Saya gementar, lebih teruk berbanding ketika perlawanan,” kata Godin. “Akan ada hari terakhir buat saya di Atletico Madrid. Saya mahu menyatakan semua rasa sayang saya buat kelab, jersi ini.
“Saya pemain Atletico kerana ini bukan kelab. Ia sebuah keluarga, satu gaya hidup. Ia menjadi rumah saya dan amat sukar untuk menyatakan selamat tinggal. Saya tidak pernah membayangkan saat ini akan hadir dan saya tidak bersedia.”
Godin sudah melakukan 381 penampilan buat Atletico dan menjadi pemain utama pasukan tetapi dia menolak tawaran menyambung kontraknya yang akan tamat pada 30 Jun ini. – AFP