Friday, February 14, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Godoy ‘wira’ Costa Rica

    WASHINGTON, 20 Julai – Anibal Godoy dengan malangnya tertanduk masuk bola ke gawangnya sendiri untuk memberikan Costa Rica kemenangan berharga 1-0 ke atas Panama dalam aksi suku akhir Piala Emas CONCACAF di Philadelphia pagi tadi.

    Kedua pesaing dari Amerika Tengah itu menemui jalan buntu di separuh masa kedua sehingga David Guzman dari Costa Rica membuat sepakan percuma ke arah gawang Panama.

    Pemain Panama, Godoy melompat dengan membuat tandukan untuk cuba mengeluarkan bola tetapi sebaliknya bola termasuk ke gawang Panama pada minit ke-77.

    Perlawanan Costa Rica seterusnya adalah berdepan Amerika Syarikat, yang menewaskan El Salvador, dalam satu lagi pertembungan yang berkesudahan 2-0 di Lincoln Financial Field.

    Pemain Panama, Anibal Godoy (20) menanduk bola yang tidak disangka-sangka memasuki ke gawang pasukannya sendiri ketika menentang Costa Rica. – AP
    Pemain Panama, Anibal Godoy (20) menanduk bola yang tidak disangka-sangka memasuki ke gawang pasukannya sendiri ketika menentang Costa Rica. – AP

    Setelah bertungkus-lumus mara ke pusingan kalah mati dengan kelebihan jaringan, Pasukan AS memanfaat peraturan kejohanan yang membolehkan pasukan membuat enam perubahan selepas melepasi peringkat kumpulan.

    Jurulatih AS, Bruce Arena tekah membawa masuk empat pemain yang mempunyai kap lebih 100 setiap seorang, Jozy Altidore, Clint Dempsey, Michael Bradley dan Tim Howard.

    Dua lagi pertembungan suku akhir akan berlangsung esok di Glendale, Arizona, di mana juara bertahan Mexico berdepan dengan Honduras dan Jamaica menentang Kanada. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda