Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Goffin singkir Alcaraz di Terbuka Astana

    ASTANA, 5 OKT – Perlawanan pertama Carlos Alcaraz sebagai pemain ranking nombor satu dunia berakhir dengan kekalahan straight set kepada David Goffin di Terbuka Astana, kelmarin.

    Pemain Sepanyol berusia 19 tahun itu tewas 7-5, 6-3 dalam perlawanan pertama jelajah sejak memenangi Terbuka AS dan merampas ranking nombor satu.

    “David bermain dengan sangat baik. Untuk kembali beraksi di kejohanan tidak pernah mudah,” kata Alcaraz. “Ia sangat mencabar bagi saya, dan juga keyakinan saya.”

    Alcaraz ketinggalan 5-2 untuk menyamakan kedudukan 5-5 pada set pertama, namun sekali lagi dikalahkan oleh lawannya dari Belgium.

    “Apabila awda bermain dengan pemain nombor satu dunia di pentas besar, penyokong yang ramai, semangat dalam diri awda akan meningkat untuk mempamerkan aksi terbaik awda kerana awda tidak mempunyai sebarang pilihan,” kata Goffin. “Awda mesti berjuang dan memberikan yang terbaik.”

    Pemain pilihan kedua, Daniil Medvedev dan pemain pilihan ketiga, Stefanos Tsitsipas kedua-duanya berjaya mengelak kekalahan. Medvedev mudah menundukkan lawannya, Albert Ramos-Vinalos dari Sepanyol dengan keputusan 6-3, 6-1, manakala Tsitsipas menyingkirkan Mikhail Kukushkin dari Kazakhstan, 6-3, 6-4. – AP

    Gambar fail menunjukkan Rafael Nadal memberikan ucapan tahniah kepada Carlos Alcaraz (kiri) selepas menewaskannya di pusingan separuh akhir Terbuka Paribas BNP, 19 Mac 2022.- AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...