Thursday, March 20, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gojek beri pendapatan kepada belia

    KANGAR, 27 OGOS – Keputusan kerajaan Malaysia meluluskan khidmat teksi motosikal Gojek seperti di Indonesia dianggap langkah terbaik dalam membantu memberikan pendapatan sampingan kepada para belia di negara ini.

    Presiden Alumni Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) Malaysia, Samsudin Oli Mohamed berkata banyak kebaikan serta manfaat yang bakal dinikmati oleh belia yang memilih perkhidmatan ini.

    “Peluang pekerjaaan semakin terhad ketika ini. Jadi, mereka (belia) boleh mencari pendapatan sampingan. Tidaklah mereka hanya duduk di rumah dan goyang kaki sahaja. Masa juga akan terisi,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

    Menurut Samsudin, ianya bukan sahaja semata-mata untuk memberi perkhidmatan pengangkutan kepada orang awam, malah pelbagai kemudahan lain tersedia selepas ini.

    “Pekhidmatan seperti penghantaran makanan, penghantaran barangan (kurier) dan sebagainya. Ini memanfaatkan pelbagai pihak dengan orang ramai tidak perlu keluar sekali gus mengurangkan kesesakan jalan raya,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda