JAKARTA, 28 OGOS – Gojek, syarikat perkhidmatan rangkaian pengangkutan dan start up yang telah beroperasi di lima negara – Indonesia, Singapura, Vietnam, Thailand dan Filipina, juga dilihat sesuai beroperasi di Malaysia.
Namun Duta Besar Malaysia di Indonesia, Zainal Abidin Bakar berkata ia perlu menekankan soal keselamatan pengguna atau penumpang yang mendapatkan perkhidmatan membonceng motosikal.
“Setelah bertugas (sebagai duta) di Indonesia, saya fikir Gojek sangat efektif dan boleh diaplikasikan di Malaysia.
“Malaysia juga menghadapi masalah yang sama (kesesakan lalu lintas).
“(Namun) masalah keselamatan menjadi perhatian di Malaysia dan beberapa hal berkaitan kemalangan dan insurans perlu ditangani pihak berkuasa,” katanya kepada Bernama. – Bernama