MANCHESTER, 30 DIS – Sergio Aguero dan Kevin De Bruyne masing-masing menjaringkan gol di separuh masa kedua memberikan kemenangan kepada Manchester City 2-0 menewaskan Sheffield United dalam saingan Liga Perdana Inggeris kelmarin bagi menebus kekalahan sebelumnya.
Juara musim lepas tersebut kini berada di tangga ketiga liga merapatkan mata tempat kedua liga Leicester dengan satu mata – kini mereka ketinggalan 14 mata dari pasukan Liverpool yang berada di persada liga.
Gol pemain Sheffield United, Lys Mousset telah dibatalkan oleh keputusan VAR kerana pemain tersebut berada di kedudukan Offside dan ketidaksengajaan pengadil perlawanan Chris Kavanagh mengakibatkan gol bagi tuan rumah yang dijaringkan oleh penyerang asal Argentina Aguero.
Gol kemenangan bagi Manchester City dijaringkan Oleh De Bruyne pada minit ke-82 hasil tendangan daripada Mahrez menjadikan keputusan 2-0 sehingga pengadil meniup wisel penamat.
Kekalahan Sheffield ini mengakibatkan pasukan tersebut berada di tangga kelapan liga dengan 29 mata. – AP
