Monday, February 17, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gol Bernat singkirkan Darmstadt

    BERLIN, 7 Mei – Pemain pertahanan Sepanyol, Juan Bernat telah menjaringkan satu-satunya gol ketika juara bertahan Bayern Munich menewaskan Darmstadt 1-0 kelmarin, satu keputusan yang mengesahkan penyingkiran lawan mereka dari Bundesliga.

    Bayern, juara Bundesliga selama lima tahun berturut-turut, perlu bekerja keras bagi kemenangan di Allianz Arena itu dan Darmstadt kendalian Torsten Frings nyaris membawa pulang satu mata, tetapi penalti Hamit Altintop di saat-saat akhir telah diselamatkan.

    Darmstadt sedaya upaya melambatkan penyingkiran mereka dengan mencatatkan tiga kemenangan berturut-turut dan mereka jelas enggan mengalah di Bavaria.

    Bayern kendalian Carlo Ancelotti memecahkan kebuntuan apabila larian Franck Ribery di sayap kiri menemui Bernat di dalam kawasan.

    Bek kiri Bayern Munich, Juan Bernat (kanan) diraikan oleh rakan sepasukannya selepas menjaringkan gol ke atas Darmstadt di Allainz Arena. – AP
    Bek kiri Bayern Munich, Juan Bernat (kanan) diraikan oleh rakan sepasukannya selepas menjaringkan gol ke atas Darmstadt di Allainz Arena. – AP

    Bek kiri itu menewaskan dua pemain pertahanan, kemudian dengan bijak menewaskan penjaga gol Darmstadt, Michael Esser bagi jaringan di minit ke-18 dan gol kemenangan Bayern.

    Bagaimanapun, Bernat memberikan penalti kepada pasukan lawan ketika perlawanan berbaki lima minit dengan mengasari pemain Darmstadt, Sven Schipplock.

    Altintop, mendapati penaltinya diselamatkan oleh Tom Starke, yang membuat kemunculan pertama dalam liga musim ini.

    “Saya tidak sabar untuk bermain dalam setiap perlawanan dan menikmati setiap minit, walaupun ketika pemanasan badan,” kata Starke. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda