Thursday, October 24, 2024
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gol Danilo lonjak Juventus

    MILAN, 8 JAN – Danilo memastikan Juventus memberikan penghormatan yang sempurna kepada bekas kapten Gianluca Vialli yang telah meninggal dunia dengan menjaringkan gol tunggal dalam kemenangan 1-0 kelmarin ke atas Udinese yang meletakkan gergasi Turin itu di tempat kedua dalam Serie A.

    Pasukan Massimilano Allegri melonjak satu mata di atas AC Milan dan hanya empat mata daripada pendahulu liga Napoli hasil jaringan cantik yang disudahkan oleh pemain pertahanan Brazil itu empat minit sebelum tamat perlawanan di Stadium Allianz.

    Danilo melanjutkan rentak kemenangan liga Juve kepada lapan perlawanan, satu usaha di mana mereka tidak dibolosi gol, selepas Federico Chiesa mengawal hantaran cip halus pemain gantian Leandro Paredes dan kemudian melakukan hantaran sempurna melepasi gol.

    Ia merupakan satu daripada beberapa peluang jelas yang dicipta Juve menentang Udinese di tempat kelapan yang kehilangan azimat mereka Gerard Deulofeu dan tidak menang dalam sembilan perlawanan.

    “Selepas kemenangan, fikiran pertama kami menumpu kepada Gianluca Vialli. Dia seorang lelaki yang hebat, saya cukup bertuah kerana memilikinya dalam hidup saya,” kata penyerang Itali, Chiesa.

    Pemain berusia 25 tahun itu merupakan sebahagian daripada pasukan Itali yang memenangi Euro 2020, dan memuji peranan Vialli dalam kejayaan itu walaupun dia tidak mempunyai peranan sebagai jurulatih bersama pasukan Azzurri.

    “Awda boleh bercakap selama berjam-jam tentang betapa hebatnya dia. Kemenangan ini untuk dia,” tambah Chiesa. – AFP

    Reaksi Danilo selepas menjaringkan gol kemenangan. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda