LONDON, 5 NOV – Kapten Manchester United, Bruno Fernandes, meledak gol kemenangan pada waktu tambahan untuk mengurangkan tekanan ke atas Erik ten Hag dengan kemenangan 1-0 ke atas Fulham semalam.
Pasukan Red Devils itu seolah-olah akan kehilangan mata dalam perlawanan Liga Perdana mereka yang ke-11 selepas mempamerkan persembahan yang kurang memuaskan di Craven Cottage.
Namun, sepakan Fernandes dari luar kotak penalti terlalu kencang untuk penjaga gol Bernd Leno pada minit ke-91 dan memberikan sedikit kelegaan kepada pengurus mereka.
“Berdasarkan pencapaian ini, kami meraih tiga mata dan itulah yang terpenting,” kata Fernandes.
“Semua orang tahu situasi kami tidak sebaik yang diharapkan. Persembahan dan keputusan dalam dua perlawanan terakhir tidak mencerminkan standard yang kami mampu berikan, tetapi hari ini adalah perlawanan yang berbeza,” tambahnya.
Kemenangan itu melonjakkan United ke tangga keenam dalam dan hanya terpaut lima mata daripada empat teratas.
Ten Hag menganggap keputusan Marcus Rashford untuk menghadiri majlis ulang tahun di sebuah kelab malam beberapa jam selepas kekalahan 3-0 kepada Manchester City sebagai sesuatu yang ‘tidak dapat diterima’.
Bagaimanapun, jurulatih Belanda itu menegaskan bahawa ketiadaan Rashford dalam skuad pada hari perlawanan adalah disebabkan cedera dan bukan disebabkan tindakan disiplin.
United memerlukan permulaan yang cemerlang selepas mengalami minggu yang sukar.
Pada Rabu sebelumnya, mereka juga tewas 3-0 di laman sendiri kepada pasukan Newcastle yang menamatkan saingan mereka dalam Piala Liga.
Walaupun demikian, pasukan lawan berjaya menjaringkan gol selepas tujuh minit perlawanan bermula. Scott McTominay telah menjadi pemain harapan dan konsisten dalam menyumbang gol untuk pasukan kendalian Ten Hag itu dalam beberapa minggu kebelakangan ini apabila penyerangnya gagal melakukan serangan.
Pemain tengah Scotland itu berjaya menerjah bola ke gawang melalui hantara Alejandro Garnacho, namun golnya di-nyatakan tidak sah selepas semakan VAR yang berlangsung selama empat minit.
Susulan itu, United gagal menghasilkan serangan yang mengancam terhadap Fulham. – AFP