Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gol Iwobi hantar Nigeria ke Rusia

    ABUJA, 8 Okt – Gol Alex Iwobi menyaksikan Nigeria menjadi pasukan Afrika pertama untuk melayakkan diri bagi Piala Dunia Rusia tahun depan, sementara Ghana tersingkir dalam kelayakan.

    Jaringan pada minit ke-73 oleh penyerang Arsenal, Iwobi telah memberikan Super Eagles kemenangan 1-0 ke atas Zambia di Ulyo, memastikan kedudukan mereka di puncak Kumpulan B dengan baki satu perlawanan.

    “Ia adalah matlamat saya untuk melayakkan pasukan ini ke kejohanan besar seperti Piala Dunia,” kata kapten Nigeria, Mikel Obi.

    “Saya berbangga untuk memimpin pasukan ini yang terdiri daripada para pemain dan jurulatih yang hebat.

    “Isteri saya adalah warga Rusia dan dia serta anak-anak akan berada di Rusia untuk bersorak untuk kami di Piala Dunia.”

    Nigeria kini mempunyai 13 mata dengan pasukan di kedudukan kedua, Zambia mempunyai tujuh mata. Cameroon meraih enam mata selepas menewaskan Algeria 2-0.

    Ghana, pasukan suku akhir di Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, telah tersingkir selepas mampu seri tanpa jaringan dengan Uganda ketika mereka memerlukan satu kemenangan untuk menghidupkan harapan tipis mereka.

    “Ia bermakna Mesir boleh menyertai Nigeria dengan kemenangan di laman sendiri ke atas Congo. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda