Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Gol lewat Mbappe bantu PSG menang

    BREST, 30 OKT – Satu gol lewat Kylian Mbappe menyumbang kemenangan Paris Saint-Germain (PSG) kelmarin apabila pasukan dari ibu negara itu menewaskan Brest 3-2, sekali gus meletakkan mereka di tempat kedua.

    “Ia adalah satu perlawanan yang sukar menentang pasukan yang belum pernah tewas di tempat sendiri pada musim ini,” kata jurulatih PSG, Luis Enrique.

    “Kami bermula dengan sangat baik, namun separuh masa kedua adalah yang paling teruk pernah saya alami bersama PSG, Brest lebih baik.”

    Namun begitu, PSG berjaya mengatasi Brest hasil daripada dua jaringan Mbappe pada kedua-dua separuh masa dan rembatan kencang Warren Zaire-Emery.

    Kemenangan lewat itu membolehkan PSG mengekalkan saingan dengan rakan pasukan teratas iaitu Nice dan Monaco, di mana mereka kini menduduki tangga kedua liga dengan 21 mata, satu mata di belakang pendahulu, Nice.

    Bintang muda Zaire-Emery, 17, memberikan permulaan yang mereka inginkan pada minit ke-16 apabila dia melakukan rembatan hebat ke penjuru atas dari jarak jauh, selepas sentuhan cemerlang dalam permainan daripada Bradley Barcola.

    Pendahuluan PSG kemudiannya digandakan pada minit ke-28 apabila Mbappe dibantu oleh Lee Kang-in sebelum berkesudahan dengan gaya yang mengingatkan jaringannya ketika menentang AC Milan Rabu lalu.

    Brest kelihatan seperti akan menamatkan separuh masa dengan ketinggalan dua gol, sehingga Steve Mounie mendapati dirinya tidak dikawal di dalam kotak dua minit sebelum rehat lantas dia menghukum PSG.

    Bertenaga dengan jaringan sebelum separuh masa, Brest kembali pulih hasil tandukan Jeremy Le Douaron pada minit ke-52, yang kelihatan sudah cukup untuk memastikan mata perlawanan akan dikongsi sama rata.

    Bagaimanapun, Mbappe bangkit semula pada minit ke-88 bagi meraih ketiga-tiga mata untuk PSG, menjaringkan gol selepas sepakan penaltinya diselamatkan. – AFP

    Aksi Mbappe mengambil sepakan penalti semasa perlawanan Brest dan PSG di Stade Francis-Le Ble di Brest, barat Perancis pada 29 Oktober. – AFP
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...