Saturday, March 22, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gol lewat Merino selamatkan Sepanyol

    PARIS, 21 MAC – Gol penyamaan Mikel Merino pada minit ke-93 membantu Sepanyol seri 2-2 menentang Belanda dalam perlawanan suku akhir pertama Liga Negara-Negara semalam, manakala Croatia hampir pasti mara ke separuh akhir selepas menewaskan Perancis 2-0.

    Jerman berada dalam kedudukan terbaik untuk menjadi tuan rumah peringkat akhir kejohanan selepas bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Itali 2-1 di Milan, sementara Rasmus Hojlund memberikan Denmark kelebihan tipis dalam aksi pertama menentang Portugal.

    Di Rotterdam, juara bertahan Sepanyol mendahului awal menerusi Nico Williams tetapi memerlukan gol penyamaan pada masa kecederaan untuk mengekalkan rekod tanpa kalah mereka selama dua tahun selepas Belanda bermain dengan 10 orang.

    Gol Belanda sebelum dan selepas rehat menerusi Cody Gakpo dan Tijjani Reijnders mengubah keadaan, tetapi kad merah kepada remaja Jorrel Hato pada minit ke-81 akibat kekasaran ke atas Robin Le Normand memberi Sepanyol peluang untuk bangkit.

    Williams sekali lagi menjadi ancaman utama dengan satu rembatan deras yang ditepis Bart Verbruggen ke laluan Merino, yang pantas menyambar bola untuk gol penyamaan.

    “Ia agak menyedihkan apabila bolos pada minit akhir. Saya rasa kami tidak layak untuk itu. – AFP

    Mikel Merino menyambut gol penyamaan 2-2 yang dijaringkan semasa perlawanan suku akhir pertama Nations League antara Belanda dan Sepanyol di Stadium De Kuip, Rotterdam, semalam. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda