Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Gol Morata bawa Atletico ke empat teratas La Liga

    MADRID, 23 JAN –Kemenangan Atletico Madrid 1-0 di Granada kelmarin di separuh masa kedua hasil jaringan Alvaro Morata telah membawa anak buah Diego Simeone ke kelompok empat teratas La Liga.

    Kelab ibu kota itu mengambil kesempatan ke atas kekalahan 1-0 Athletic Bilbao di Valencia pada Sabtu lalu untuk mengatasi pasukan Basque di tempat keempat berdasarkan jaringan, dengan satu perlawanan di tangan.

    Atletico ketinggalan 11 mata di belakang pendahulu liga, Girona.

    Pasukan pelawat Atletico telah mencatat permulaan yang hambar ketika menentang lawan kedua tercorot mereka, tetapi Rodrigo Riquelme memaksa penjaga gol Granada, Augusto Batalla, melakukan penyelamatan yang baik pada minit ke-31, beberapa saat sebelum Antoine Griezmann menggegarkan palang.

    Bagaimanapun, Morata telah memecah kebuntuan pada minit ke-55 dengan tandukan daripada hantaran silang Griezmann, yang terselamat daripada pemeriksaan Video Bantuan Pengadil (VAR) kerana ofsaid.

    Hantaran Samuel Lino kemudian terkena palang, sebelum percubaan Saul Niguez diketepikan oleh VAR kerana ofsaid.

    Percubaan Griezmann sekali lagi mengenai tiang gawang buat kali kedua, tetapi Atletico mampu menamatkan saingan dengan kemenangan liga kedua mereka dalam lima perlawanan. – AFP

    Reaksi Morata selepas menjaringkan gol pertama pasukannya di Nuevo Estadio de Los Carmenes di Granada pada 22 Januari. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...