Saturday, July 12, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gol Obafemi batalkan kemenangan United

    MANCHESTER, 14 JULAI – Manchester United terlepas peluang untuk melonjak ke kedudukan di tangga ketiga Liga Perdana kelmarin selepas jaringan penyamaan Michael Obafemi pada minit ke-96 memberikan keputusan seri 1-1 kepada Southampton di Old trafford dalam siri persaingan untuk merebut tempat di Liga Juara-Juara musim hadapan.

    Pasukan kendalian Ole Gunnar Solskjaer gagal mengambil kesempatan atas keputusan tewas pasukan Chelsea dan Leicester untuk kekal di kedudukan kelima liga.

    United menjadi kelab Liga Perdana pertama dalam sejarah memenangi empat perlawanan berturut-turut dengan kelebihan jaringan tiga gol, tetapi pada perlawanan tersebut ia bukanlah suatu perlawanan yang mudah selepas Stuart Armstrong berjaya menjaringkan gol pada awal minit perlawanan.

    Dua jaringan gol dalam tempoh beberapa minit dari Marcus Rashford dan Anthony Martial telah merubah perlawanan, tetapi United dihukum apabila tendangan sepakan sudut pada masa kecederaan berjaya ditanduk masuk oleh pemain gantian, Obafemi.

    “Ia adalah masa yang tidak sesuai untuk gawang dibolosi tetapi ia boleh berlaku dalam bola sepak. Anda mesti tabah dan ambil keputusan tersebut,” kata pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer.

    “Kami telah memenangi banyak perlawanan tetapi ini merupakan sebahagian daripada pembelajaran untuk pasukan ini.”

    Kejayaan Manchester City dalam Mahkamah Timbang Tara untuk Sukan UEFA kelmarin telah meningkatkan tekanan ke atas United untuk meneruskan aksi cemerlang dengan hanya satu tempat dalam kelompok empat teratas adalah cukup baik untuk layak ke Liga Juara-Juara.

    Walau bagaimanapun, Solskjaer kekal yakin mencapai matlamat tersebut selepas pasukannya menghampiri jurang lapan mata ke atas Leicester, yang mereka akan hadapi pada hari terakhir musim ini, selepas Liga Perdana disambung semula.

    “Kami tidak berhak menerima tiga mata penuh hari ini,” kata Solskjaer. “Kami tidak mendapat tempo dalam hantaran kami, terutama selepas 2-1.” – AFP

    Reaksi Michael Obafemi ketika menjaringkan gol pada saat akhir yang sekali gus membatalkan kemenangan United. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda