Saturday, December 21, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gol padu Keita benam Schalke

    BERLIN, 14 Jan – Pemain tengah, Naby Keita telah menunjukkan kenapa Liverpool mahu mengambilnya sebagai pemainnya dalam jendela perpindahan, dengan menjaringkan gol hebat bagi RB Leipzig dalam kemenangan 3-1 ke atas Schalke dalam Bundesliga.

    Pemain tengah Guinea yang berusia 22 tahun ini yang telah menandatangani kontrak dengan Liverpool untuk menyertai kelab itu musim akan datang, menunjukkan kelasnya dengan rembatan kencang untuk memberikan Leipzig gol pendahuluan sebelum separuh masa kedua.

    Keputusan itu telah menaikkan kedudukan Leipzig ke tempat kedua, 13 mata di belakang Bayern Munich yang telah menang 3-1 ke atas Bayer Leverkusen Jumaat lalu, manakala Schalke jatuh ke tangga ketiga.

    Liverpool dilaporkan mahu membawa Keita ke Merseyside awal selepas kehilangan Philippe Coutinho, yang telah menyertai Barcelona minggu lalu dengan nilai 160 juta euro.

    Naby Keita (tengah) sambil dipeluk oleh Kevin Kampl selepas menjaringkan gol pembukaan dalam perlawanan menentang FC Schalke 04 di Leipzig. – AP

    Bagaimanapun sebelum perlawanan bermula pengarah sukan Leipzig, Ralf Rangnick menegaskan Keita tidak akan meninggalkan kelab itu sehingga akhir musim.

    “Tidak ada tawaran daripada sebarang kelab, kami telah menemukan penyelesaian pada September lalu dan saya menjangkakan dia beraksi dalam 19 lagi perlawanan bersama kami,” Rangnick memberitahu Sky.

    Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp dijangka membayar kira-kira 70 juta euro bagi pemain tengah itu, tetapi laporan mengatakan dia akan membayar tambahan sebanyak 15 juta untuk Keita bermain dengan mereka awal lagi.

    Selepas sepakan penalti Jean-Kevin Augustin dari Leipzig diselamatkan oleh penjaga gol Schalke, Ralf Fahrmann, Keita mencipta gol dari kaki kanannya pada minit ke-41. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda