Friday, May 3, 2024
28.3 C
Brunei

    -

    Gol Salah tidak memadai

    LONDON, 19 APRIL – Liverpool tersingkir daripada Liga Europa selepas kemenangan 1-0 menentang Atalanta, namun tidak mencukupi untuk memu-lihkan kekalahan mereka pada suku akhir pertama, manakala keputusan seri 1-1 Bayer Leverkusen di West Ham membawa juara Jerman itu mara ke separuh akhir kelmarin.

    Pada musim terakhir Jurgen Klopp sebagai pengurus Liverpool, The Reds berharap dapat memberikan perpisahan yang tidak dapat dilupakan kepada pengurus Jerman itu pada perlawanan akhir di Dublin.

    Tetapi Liverpool telah mengalami kekalahan mengejut 3-0 pada pusingan pertama menentang Atalanta di Anfield minggu lepas.

    Walaupun Liverpool telah menghasilkan beberapa kebangkitan terbesar dalam bola sepak Eropah sejak beberapa tahun menentang pasukan seperti St Etienne, AC Milan dan Barcelona, namun tidak akan ada keajaiban kali ini.

    Mohamed Salah menyempurnakan sepakan penalti pada minit ketujuh pada perlawanan timbal balik di Bergamo selepas hantaran silang Trent Alexander-Arnold terkena lengan Matteo Ruggeri.

    Reaksi Jurgen Klopp semasa perlawanan bola sepak suku akhir kedua Liga Europa UEFA di Stadium Atleti Azzurri d’Italia di Bergamo pada 18 April. – AFP

    Bagaimanapun, anak buah Klopp tidak dapat menembusi pertahanan Atalanta yang kukuh.

    Ia merupakan minggu yang mencabar bagi Liverpool, yang mana cabaran untuk merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris telah terjejas akibat kekalahan mengejut di tempat sendiri menentang Crystal Palace pada Ahad.

    “Ia adalah perasaan yang bercampur-baur. Kami tersingkir tetapi saya gembira dengan permainan ini,” kata Klopp.

    “Ia jelas bahawa kami telah menempatkan diri kami dalam kesulitan besar. Kami berharap kami boleh pergi ke Dublin tetapi itu tidak berlaku.”

    Ketika Klopp merenung kegagalannya untuk menjulang satu trofi utama yang belum beliau pernah berjaya raih dalam sembilan tahun bersama Liverpool, Atalanta boleh bermimpi untuk memenangi piala kedua dalam sejarah 116 tahun mereka selepas Coppa Italia 1963. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Lebih 57,000 ayam ditakai di Jepun akibat wabak selesema burung

    TOKYO, 2 MEI - Lebih daripada 57,000 ayam ditakai di Wilayah Chiba Jepun berikutan penularan virus avian influenza, yang merupakan wabak ke-11 musim ini,...