Tuesday, April 15, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gol sendiri bantu Barca tewaskan Leganes

    LEGANES, 13 APRIL – Barcelona memerlukan jaringan sendiri daripada Jorge Saenz untuk menundukkan Leganes 1-0 dan mendahului tujuh mata di hadapan Real Madrid di puncak La Liga, kelmarin.

    Juara bertahan, Madrid berada tempat kedua dan akan berdepan Alaves hari ini dan perlu mengejar kedudukan selepas pasukan Hansi Flick berjaya meraih kemenangan tipis tetapi penting bagi mereka.

    Gergasi Catalan itu berjuang untuk meraih empat buah trofi musim ini dan mengambil satu langkah kecil lagi ke arah kejuaraan liga di Stadium Butarque.

    “Perlawanan dan mentaliti yang ditunjukkan pasukan hari ini adalah hebat,” kata Flick, yang mana pasukannya menewaskan Borussia Dortmund 4-0 pada suku akhir Liga Juara-Juara Rabu lalu.

    “Madrid mempunyai kelebihan satu perlawanan esok tetapi kami hanya menumpukan pada pasukan sendiri, tiga mata adalah bagus dan kami mempunyai minggu yang hebat,” tambahnya.

    Walaupun persembahan Barca kurang menyerlah dan memberi ancaman di hadapan gawang sepanjang musim ini, namun pada akhirnya para pemain meraikan kejayaan dengan penuh semangat.

    “Apa yang penting dalam perlawanan ini ialah tiga mata,” kata pertahanan Barca, Eric Garcia kepada DAZN. – AFP

    Pemain tengah Barcelona Pedri (kiri), bersaing untuk mendapatkan bola dengan Valentin Rosier semasa perlawanan bola sepak di Estadio Municipal Butarque di Leganes pada 12 April. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda