Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gol Sterling sudah cukup tewaskan Arsenal

    LONDON, 22 FEB – Manchester City semakin dekat untuk menjulang piala Liga Perdana Inggeris selepas jaringan awal minit melalui pemain sayap Raheem Sterling memberikan pasukan pendahulu kemenangan 1-0 ke atas Arsenal, kelmarin.

    Pasukan Pep Guardiola kini melanjutkan catatan kemenangan berturut-turut sebanyak 18 perlawanan dalam semua kejohanan setelah Sterling menanduk masuk bola ke gawang pada minit kedua di Stadium Emirates.

    Dengan berbaki 13 perlawanan, City berada 10 mata di hadapan pasukan di tangga kedua, Leicester, yang merapatkan jurang kepada tujuh mata selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas Aston Villa pada perlawanan awal kelmarin.

    City menyamai rekod kelab 11 kemenangan berturut-turut di gelanggang lawan dalam semua kejohanan yang dicatat pada Mei hingga November 2017.

    Mereka merupakan pasukan liga utama pertama untuk memenangi 11 perlawanan pembukaan liga pada musim ini.

    Aksi Raheem Sterling membuat tandukan dan membantu City untuk mencatat 18 kemenangan berturut-turut di seluruh kejohanan, kelmarin.- AP

    Mengejar kejuaraan ketiga dalam empat musim, City memenangi 13 perlawanan berturut-turut dan tanpa tewas dalam 25 perlawanan di kesemua kejohanan sejak dikalahkan oleh Tottenham pada November.

    Yang menarik, itu kali terakhir mereka ketinggalan dalam mana-mana perlawanan.

    Pasukan Guardiola tidak berada dalam keadaan terbaik semasa perlawanan di utara London, tetapi mereka masih terlalu bagus buat pasukan Mikel Arteta, Arsenal dan memberikan kekalahan ketiga mereka dalam empat perlawanan terakhir.

    “Ia sangat sukar seperti yang kami jangkakan. Kami terlalu menderita. Sangat sukar untuk bermain menentang Arsenal dan Mikel.

    “Sebab itu saya memberikan pujian kepada pemain atas kemenangan tersebut,” kata Guardiola.

    “Orang melihat keputusan menang kami dan merasakan ia adalah mudah. Saya tidak menjangkakannya. Saya lebih berterima kasih kepada pemain atas apa yang mereka lakukan, tetapi memenangi perlawanan dengan 1-0 adalah apa yang kami perlukan.

    “Masa 10 hingga 15 minit terakhir sangat hebat. Kami tahu apa yang ingin kami lakukan. Kami ingin membuat langkah besar.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda