Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    ‘Golden Boy’ pertahan tali pinggang kejuaraan gusti

    KUALA LUMPUR, 19 FEB – Juara Intercommonwealth Melbourne City Wrestling (MCW), Emman Azman melakar kejayaan cemerlang buat negara selepas berjaya mempertahankan tali pinggang kejuaraan yang dimiliki pada Kejohanan Gusti New Breed di ibu negara, malam tadi.

    Lebih manis, Emman diberi julukan ‘Golden Boy’ membuktikan kehandalannya di arena gusti selepas menewaskan ahli gusti Singapura, Endboss Gregory sekali gus menebus kekalahan selepas tewas di tangan lawannya itu empat tahun lalu di kejohanan gusti Grapple Max.

    “Alhamdulillah, Emman berjaya mempertahankan tali pinggang kejuaraan yang dimenangi sebelum ini di depan rakyat Malaysia, di negara sendiri. Penat lelah Emman berlatih akhirnya berbaloi.

    “Emman juga kagum melihat anak-anak muda tempatan seperti Miles Karu, Jack Alexander dan Tommy Ardhi menonjolkan bakat mereka bergusti dalam gelanggang. Ini menunjukkan kalau mereka boleh, anak-anak muda yang lain pun boleh,” katanya ketika ditemui selepas kejohanan malam tadi.

    Turut hadir pada perlawanan tersebut Setiausaha Politik kepada Menteri Belia dan Sukan, Yap Yee Vonne mewakili Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

    Kejohanan Gusti New Breed itu menghimpunkan 12 ahli gusti dunia dari lima negara iaitu Australia, Singapura, Filipina, Jepun dan Dubai.

    Pada 26 November tahun lepas, Emman menjuarai Intercommonwealth MCW menewaskan Mick Moretti dan Adam Brooks pada usia 22 tahun. – Bernama

    Emman Azman melakar kejayaan cemerlang buat negara selepas berjaya mempertahankan tali pinggang kejuaraan yang dimiliki pada Kejohanan Gusti New Breed di ibu negara, baru-baru ini. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...