Sunday, April 2, 2023
24.6 C
Brunei

-

Golf Australia sokong Jelajah PGA, Eropah

SYDNEY, 30 JUN – Golf Australia kelmarin, menekankan bahawa mereka memberikan sokongan penuh kepada Jelajah PGA Amerika Syarikat (AS) dan Jelajah Eropah dalam usaha mengatasi siri Golf LIV yang dibiayai oleh Arab Saudi, yang diketuai oleh Greg Norman, dan menganggap hubungan mereka kini lebih kukuh daripada sebelumnya.

Pihak PGA Australia telah mendiamkan diri sejak Norman, pemain yang disenaraikan dalam anugerah berprestij tahunan bagi golf Australia, membuat penampilan pertamanya di kejohanan Siri Jemputan Golf LIV di England pada awal bulan ini.

Walau bagaimanapun, Ketua Eksekutif, Gavin Kirkman berkata dia berasa teruja untuk bekerjasama dengan Jelajah Eropah dan Jelajah AS.

“PGA Australia akan memberikan sokongan penuh kepada Jelajah PGA AS dan Jelajah Dunia DP ketika mereka berusaha menyatukan ekosistem dalam sukan golf sedunia,” menurut kenyataannya kepada AFP.

“Kami berhubung rapat dengan kedua-dua jelajah dan susulan perbualan baru-baru ini, kami teruja dengan kerjasama ini pada masa akan datang.

“Hubungan dua hala dengan kedua-dua jelajah adalah lebih kukuh dari sebelumnya ketika kami terus menantikan pencapaian terbaik daripada pemain, penyokong dan sukan di rantau kita,” katanya.

Kenyataan tersebut keluar berikutan pengumuman yang telah dibuat oleh Jelajah PGA dan Jelajah Dunia DP untuk menjalin kerjasama selama 13 tahun pada minggu ini, mengukuhkan persahabatan untuk mengatasi siri jelajah yang diketuai oleh Norman, di mana siri tersebut telah memancing beberapa pemain terbaik dengan tawaran hadiah utama yang besar dalam sejarah sukan golf.

Kerjasama tersebut juga menetapkan hala tuju pemain untuk berpindah dari Jelajah Eropah ke Jelajah PGA. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hayashi bakal lawat China di tengah-tengah ketegangan

TOKYO, 31 MAC - Menteri Luar Jepun, Yoshimasa Hayashi hari ini berkata beliau akan mengadakan lawatan ke China hujung minggu ini untuk berbincang dengan...
- Advertisment -