Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Golf: Tony, Agnes Hiu muncul juara

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 JULAI – Awang Tony bin Haji Karim muncul juara dan menyandang Piala Kejohanan Senior Lelaki dalam Kejohanan Amatur Senior Kelab Golf Pantai Mentiri ke-3 yang berlangsung di Kelab Golf Pantai Mentiri (PMGC), Kampung Mentiri, kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang kejohanan ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Haji Shaharuddin Khairul bin Haji Anuar.

    Dalam perlawanan Kejohanan Senior Lelaki, Awang Tony muncul sebagai juara dengan mencatatkan skor 144, di tempat kedua ialah Awang Johari Haji Ahmad dengan skor 154 dan tempat ketiga ialah Haji Shahminan Haji Damit dengan skor 154.

    Sementara itu, Agnes Hiu muncul juara bagi Kejohanan Senior Wanita dengan mencatatkan skor 165, diikuti oleh tempat kedua, Edora Majiniu dengan skor 177 dan di tempat ketiga ialah Julia Hwong Hary Huay dengan skor 185.

    Majlis turut menyaksikan Willie Liau membawa pulang hadiah setelah mencatatkan hole-in-one bagi Hole No 7 dengan hadiah disampaikan oleh Pengerusi PMGC, Kolonel (B) Zahrin bin Zunaidi.

    Kolonel (B) Zahrin dalam ulasannya mengongsi bahawa kejohanan berkenaan merupakan acara tahunan PMGC dan telah mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan dengan penyertaan seramai 158 pemain golf senior termasuk pemain golf dari luar negara.

    Beliau menyatakan penghargaan kepada pemain-pemain golf senior dari Sabah dan Sarawak, Malaysia serta Negara Brunei Darussalam yang sama-sama menjayakan kejohanan berkenaan.

    Haji Shaharuddin Khairul menyampaikan piala kepada juara Kejohanan Senior Lelaki, Awang Tony. – GAMBAR OLEH SIM Y. H.
    Kolonel (B) Zharin menyampaikan hadiah Hole-in-One Hole No.7 kepada Willie Liau. – GAMBAR OLEH SIM Y. H.
    Haji Shaharuddin Khairul menyampaikan piala kepada juara Kejohanan Senior Wanita, Agnes Hiu. – GAMBAR OLEH SIM Y. H.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda