ALOR SETAR – Peluh yang merenik di dahi dibiarkan begitu sahaja tatkala tangannya terus mengetuk besi yang baru dikeluarkan dari dapur tempa. Hayunan dan ketukan bertalu-talu menggunakan tukul besi itu jelas menampakkan bahawa Jefri Ghazali menggunakan seluruh kudrat dalam melakukan kerjanya itu. Setelah puas dengan hasilnya, beliau berhenti lalu membelek-belek besi yang ditempanya lantas tersenyum