Oleh Nurdiyanah R. –
TUTONG, 12 MAC – Penyampaian Derma Tabung Kebajikan Anak-anak Yatim Daerah Tutong telah diadakan di Tingkat 4, Bilik Mesyuarat Johan Pahlawan, Jabatan Daerah Tutong, hari ini.
Derma disampaikan oleh Soon Seng Lee selaku wakil Persatuan Kebajikan Masyarakat Tionghua.
Hadir bagi menerima derma berkenaan ialah Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Mohammad Sofian bin Haji Basri.
