Monday, May 12, 2025
29.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Golongan ibu diingat berhati-hati bimbing anak guna teknologi

    KOTA KINABALU, 11 MEI – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri mengingatkan golongan ibu supaya lebih berhati-hati dan berimbang terutama dalam membimbing anak-anak tentang penggunaan teknologi.

    Dalam siaran media sempena Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan 2025, Nancy berkata golongan ibu muda ketika ini berdepan pelbagai cabaran termasuk kos sara hidup yang tinggi.

    “(Selain turut berdepan dengan) tekanan kerja dan keluarga, kekangan kewangan, kekurangan masa untuk diri sendiri serta beban tanggungjawab pendidikan anak-anak,” katanya dalam siaran media itu yang dikeluarkan di sini, hari ini.

    Nancy berkata Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah memperkenal Dasar Wanita Negara 2025-2030 bertemakan Memartabat Wanita, Memperkukuh Negara bertujuan memperkasa golongan wanita dan ibu merentasi semua lapisan masyarakat di negara ini.

    Beliau berkata dasar itu turut menggariskan pelbagai inisiatif seperti Program Kasih Ibu Tunggal, Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal, MamaCare, Program Wanita Bangkit, Two Years Exit Programme, Gig@bit dan Volvo Iron Women. Terdahulu, Nancy menghadiri Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan 2025 bertemakan Sentuhan Kasih Ibu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di sini. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda