Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 28 APRIL – Majlis Perundingan Kampung (MPK) Kapok, Mukim Serasa dengan kerjasama Syarikat Pooman Sdn Bhd hari ini menyampaikan sumbangan derma kepada penduduk kampung yang kurang berkemampuan di mukim tersebut.
Penyampaian sumbangan yang berlangsung di kediaman Pemangku Ketua Kampung, Pengiran Haji Ibrahim bin Pengiran Haji Timbang itu dihadiri oleh Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Mislee bin Haji Abdul Karim dan Pengarah Bersama Pooman, Tajudeen Ahamad dan Abu Taher yang menyempurnakan penyampaian sumbangan.
Seramai 20 penduduk kampung telah terpilih menerima sumbangan berupa wang tunai dan makanan asasi.
Sumbangan diharapkan dapat meringankan bebanan mereka sempena kedatangan Aidilfitri tidak lama lagi.
Majlis penyampaian sumbangan turut diselajurkan dengan majlis berbuka puasa beramai-ramai.

