Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JUN – Sekolah Tuisyen Markah-A-Bijak hari ini menyampaikan sumbangan berjumlah $1,000 kepada Tabung Anak Yatim dan Tabung Orang-orang Cacat pada majlis penyampaian sumbangan di Pejabat Pengarah Pembangunan Masyarakat, Bangunan Kemen-terian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Hadir menyampaikan sumbangan ialah pengarah sekolah tuisyen tersebut, Chin Tian Fong dan diterima oleh Pegawai Pembangunan Masyarakat, Dayang Nurul Nazurah binti Jaya.
Sejumlah $500 sumbangan adalah untuk Tabung Anak Yatim dan $500 lagi untuk Tabung Orang-orang Cacat.
Hadir sama pada majlis itu ialah pegawai-pegawai kanan di Jabatan Pembangunan Masyarakat, kakitangan sekolah dan urus setia tabung.
Sumbangan selain membantu golongan memerlukan, juga mencerminkan sikap pemedulian pihak swasta terhadap golongan ini.
