Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Golongan terkaya Kanada dikenakan cukai lebih tinggi

    OTTAWA, 17 APRIL – Kerajaan Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau kelmarin mengumumkan bahawa ia akan mengenakan cukai yang lebih tinggi ke atas golongan terkaya Kanada sebagai sebahagian daripada belanjawan persekutuan.

    Belanjawan tersebut mencadangkan untuk meningkatkan kadar kelompok keuntungan modal, yang merujuk kepada bahagian yang boleh dikenakan cukai daripada keuntungan yang diperoleh daripada penjualan aset.

    Bahagian yang boleh dikenakan cukai daripada keuntungan modal melebihi AS$181,000 akan meningkat daripada separuh kepada dua pertiga, yang kerajaan persekutuan berkata hanya akan menjejaskan 0.1 peratus rakyat Kanada dan akan mengumpul hampir AS$14.5 bilion dalam pendapatan selama lima tahun.

    “Saya tahu akan ada banyak suara yang membantah. Tiada siapa yang suka membayar lebih banyak cukai, malah – atau mungkin terutamanya – mereka yang paling mampu melakukannya,” kata Menteri Kewangan, Chrystia Freeland.

    “Namun, sebelum mereka mengadu, saya ingin golongan paling kaya di Kanada – 0.1 peratus Kanada – mempertimbangkan perkara ini: Kanada jenis apakah yang awda mahu tinggal di dalamnya?”

    Freeland membentangkan belanjawan persekutuan, yang menjanjikan AS$38 bilion dalam perbelanjaan baharu yang menurutnya tertumpu kepada keadilan ekonomi untuk generasi muda. – AP

    Trudeau, Freeland dan menteri-menteri kabinet bergambar sebelum pembentangan belanjawan persekutuan di Parliament Hill di Ottawa, Ontario pada 16 April. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...