Sunday, December 22, 2024
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gonzalez pilih Mexico berbanding AS

    LOS ANGELES, 9 Jan – Jonathan Gonzalez, pemain perancang remaja kelab Mexico, Monterrey, memilih untuk bermain bola sepak antarabangsa untuk Mexico dari Amerika Syarikat (AS), menurut laporan Isnin.

    Univision dan ESPN telah memetik sumber yang tidak dinyatakan itu, melaporkan bahawa Gonzalez akan mewakili El Tri selepas bermain untuk Amerika Syarikat pada peringkat remaja.

    Keputusan itu mesti menerima kebenaran mutakhir daripada pihak berkuasa tetapi pemain berusia 18 tahun yang dilahirkan di pinggir bandar San Francisco di Mexico telah membuat pilihannya.

    Aksi cemerlang Gonzalez untuk Monterrey telah dianugerahkan di antara 11 pemain Terbaik Liga Maxico.

    Peraturan FIFA menyatakan bahawa seorang pemain hanya boleh membuat perubahan kewarganegaraan sebanyak satu kali saja, selagi mereka belum lagi bermain untuk pasukan kebangsaan senior dalam perlawanan kompetitif. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda