SINGAPURA, 30 APRIL – Talor Gooch menjadi pemain golf pertama yang memenangi gelaran LIV Golf berturut-turut selepas berjaya menewaskan pemain dari Sepanyol, Sergio Garcia dalam lubang playoff pertama di kejohanan LIV Golf Singapura, hari ini.
Gooch menerima hadiah sebanyak AS$4 juta atas kejayaan tersebut, jumlah yang sama dimenanginya semasa kejohanan sulungnya di Adelaide minggu lalu.
Pemain Amerika Syarikat berusia 31 tahun itu turut memenangi hadiah AS$3 juta selepas pasukannya, RangeGoats, memenangi acara berpasukan.
Kejohanan LIV Golf, yang dibiayai oleh Dana Pelaburan Awam Arab Saudi, berpecah tahun lalu dengan menarik bintang-bintang utama dari Jelajah PGA AS dan Jelajah Dunia DP (sebelum ini dikenali sebagai Jelajah Eropah) dengan menawarkan kontrak-kontrak lumayan.
Selepas bermain lima kejohanan dan memenangi dua daripada LIV Golf musim ini, Gooch kini mendahului ranking pendapatan individu dengan AS$8,937,000 secara keseluruhan setakat ini.
Gooch dan Garcia menamatkan permainan dengan 17 bawah par 196 selepas melengkapkan 54 lubang – berbeza dengan format tradisional 72 lubang.
Gooch kemudian menewaskan pemain Sepanyol itu dengan pukulan birdie pada playoff di lubang ke-18 sekali gus mencetuskan keraian yang meriah di Kelab Golf Sentosa.
Sebagai seorang pemain golf mudah yang berpotensi dengan satu gelaran Jelajah PGA di Klasik RSM pada 2021, Gooch adalah antara pemain yang meninggalkan Jelajah PGA untuk bersaing memenangi hadiah lumayan.- AFP