Tuesday, May 13, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Good Home’ rai pembukaan selama empat hari

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 April – ‘Good Home’ akan meraikan pembukaannya pada festival selama empat hari bermula pada 3 Mei.

    Majlis pembukaan anjuran Babakimpo Sdn Bhd itu nanti akan dihadiri oleh pengerusi Townview Sdn Bhd, Dato Sri Lau Kung Ching dan pengerusi D’Sunlit Sdn Bhd serta wakil masyarakat Fu Chow, Jackson Ting.

    Acara itu akan diisikan dengan lawatan ke sekitar kawasan pameran produk dari Babakimpo Sdn Bhd, Goldmyne Hardware Sdn Bhd, Beger Paints dan Aimas Properties.

    Sebanyak 12 vendor makanan dan minuman juga akan mengambil bahagian dalam acara yang turut menyediakan pelbagai permainan dan aktiviti yang menyeronokkan.

    Pembukaan cawangan baharu ‘Good Home’ berkenaan juga akan diselajurkan dengan permulaan cabutan bertuah selama enam bulan yang berakhir Oktober nanti bagi memenangi hadiah menarik.

    ‘Good Home’ ditubuhkan pada tahun 2017 dengan konsep DIY untuk menyediakan kediaman yang lebih selesa dan baik dengan mengetengahkan pelbagai peralatan isi rumah.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda