Thursday, November 14, 2024
29 C
Brunei

    Berita Terkini

    Goodyear tingkat pengeluaran tayar EV di Kanada

    OTTAWA, 13 OGOS – Goodyear Tire and Rubber Company mengumumkan projek pengembangan kilangnya di Napanee, Ontario, Kanada dengan pelaburan berjumlah AS$420 juta bagi meningkatkan pengeluaran tayar khusus untuk kenderaan elektrik (EV).

    Langkah itu dijangka mencipta 200 peluang pekerjaan baharu, menjadikan jumlah keseluruhan pekerja di kilang tersebut kepada 1,200 orang.

    Projek itu turut disokong oleh kerajaan pusat Kanada dan wilayah Ontario, masing-masing menyumbang Can$64 juta bagi pembinaan kemudahan itu. Inisiatif tersebut adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mempercepatkan peralihan sektor automotif kepada kenderaan elektrik, selaras dengan komitmen Kanada terhadap tindakan perubahan iklim dan pembangunan teknologi hijau.

    Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau dalam satu sidang media menyatakan, “Kanada menawarkan tenaga bersih yang luas, akses kepada mineral kritikal serta hubungan perdagangan yang kukuh, yang menjadikan negara ini destinasi pelaburan yang menarik bagi industri hijau.”

    Beliau menambah Goodyear merancang untuk mengeluarkan dua juta tayar tambahan di kilang Napanee untuk memenuhi keperluan EV yang semakin meningkat. – AFP

    Gambar fail bertarikh 14 Mei menunjukkan sebuah pusat inovasi Goodyear di Colmar. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda