Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Google alami gangguan, jejas puluhan ribu

    SAN FRANCISCO, 9 OGOS – Puluhan ribu pengguna melaporkan tidak dapat mengakses pelbagai perkhidmatan Google pada malam kelmarin, menurut penjejak Downdetector.

    “Laporan pengguna menunjukkan Google Maps menghadapi masalah sejak 9:36 malam,” kata Downdetector di Twitter.

    Lebih daripada 40,000 pengguna, termasuk di Bandar New York dan Denver, Colorado, melaporkan gangguan apabila cuba menggunakan perkhidmatan Google, terutamanya peta dan bar gelintar.

    Selepas kira-kira dua jam, laporan gangguan mula berkurangan, tetapi sejumlah kecil pengguna terus melaporkan menghadapi masalah mengakses fungsi kalendar dan perkhidmatan awan Google, menurut Downdetector.

    “Kami sedar mengenai isu pengemaskinian perisian yang berlaku pada lewat tengah hari ini waktu Pasifik dan yang menjejas penggunaan Google Search dan Maps, dan kami meminta maaf atas kesulitan yang dialami pengguna,” kata jurucakap Google.

    “Kami berusaha mengatasi isu ini dengan segera dan perkhidmatan kami kini sudah beroperasi semula.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda