Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Google bayar AS$392 juta selesai kes privasi

    WASHINGTON, 15 NOV – Google bersetuju membayar AS$392 juta kepada 40 negeri di Amerika Syarikat (AS) bagi menyelesaikan tuduhan gergasi enjin carian itu.

    Google dituduh mengelirukan pengguna untuk mempercayai aplikasi penjejakan lokasi pada peranti mereka sudah dimatikan.

    Peguam Oregon, Ellen Rosenblum, berkata ia adalah penyelesaian peribadi berbilang negeri terbesar oleh pihak berkuasa dalam sejarah AS termasuk komitmen mengikat Google untuk pendedahan yang lebih baik kepada pelanggannya.

    “Pengguna menyangka mereka sudah mematikan ciri penjejakan lokasi mereka di Google, tetapi syarikat itu terus merakam pergerakan mereka secara rahsia dan menggunakan maklumat itu untuk pengiklanan,” katanya.

    Tuntutan bersama yang jarang berlaku oleh 40 negeri itu berpunca daripada kelewatan pihak berkuasa Persekutuan untuk membanteras pencabulan dilakukan firma teknologi besar di tengah kesibukan perundangan di Washington.

    Penggubal undang-undang Republikan dan Demokrat tidak bersetuju dengan peraturan mengenai kerahsiaan peribadi dalam talian, sekali gus menekan kepada syarikat teknologi untuk mengehadkan potensi pengesanannya. – AFP

    Gambar fail bertarikh 15 April 2022 menunjukkan logo syarikat Google kelihatan di skrin tablet di Moscow. Google setuju menyelesaikan kes privasi dengan 40 negeri AS kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...