Ahad, 23 November 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Google buka hab AI di Paris

    PARIS, 16 FEB – Syarikat gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS), Google kelmarin telah membuka hab penyelidikan kecerdasan buatan (AI) di Paris, sebahagian daripada trend untuk firma teknologi besar untuk menempatkan pasukan asas yang bekerja pada produk termaju di pusat Eropah.

    Google kini mempunyai ribuan pekerja di kemudahan kejuruteraannya di Zurich, sebuah bandar yang turut menempatkan pasukan yang menumpukan kepada AI daripada Meta, Apple dan Microsoft.

    Amazon, satu lagi pemain utama dalam penyelidikan AI, mempunyai pasukan yang berpangkalan di beberapa lokasi di Jerman dan Britain.

    AI meliputi rangkaian luas teknologi berdasarkan algoritma dan pemprosesan data besar, yang membantu menggerakkan segala-galanya daripada pengiklanan dalam talian kepada kamera telefon pintar.

    Hab Google di Paris akan menjadi tuan rumah sekurang-kurangnya 300 penyelidik di ibu negara Perancis, kata firma AS itu dalam satu kenyataan.

    Matlamatnya adalah untuk melatih sekurang-kurangnya 100,000 profesional AI menjelang akhir tahun 2025.

    Ketua Pegawai Eksekutif Google, Sundar Pichai memuji Paris semasa acara pembukaan, menyebutnya sebagai ‘pusat inovasi global’.

    “Ia adalah magnet untuk bakat teknologi, termasuk lebih daripada 40 negara dalam pasukan kejuruteraan tempatan kami,” katanya. – AFP

    Sundar Pichai (tengah) ketika merasmikan hab AI Google di Paris pada 15 Februari. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda