Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Google diarah jual perniagaan iklan digital

    BRUSSELS, 14 JUN – Pengawal selia antikepercayaan Kesatuan Eropah menyasarkan perniagaan pengiklanan digital Google yang menguntungkan dalam keputusan yang tidak pernah berlaku sebelum ini mengarahkan syarikat gergasi teknologi itu menjual beberapa perniagaan iklannya untuk menangani kebimbangan persaingan.

    Suruhanjaya Eropah, cawangan eksekutif dan penguatkuasa anti-kepercayaan tertinggi blok tersebut, berkata bahawa pandangan awalnya selepas penyiasatan ialah hanya pelupusan mandatori oleh Google terhadap sebahagian perkhidmatannya akan memenuhi kebimbangan tersebut.

    EU yang terdiri daripada 27 negara telah mengetuai pergerakan global untuk bertindak keras terhadap syarikat Big Tech, tetapi sebelum ini ia lebih banyak bergantung dengan mengeluarkan denda yang besar, termasuk tiga hukuman persaingan untuk Google bernilai bilion euro dolar.

    Ia merupakan kali pertama blok itu mengarahkan gergasi teknologi untuk memisahkan aset perniagaannya.

    Google kini boleh mempertahankan dirinya dengan memberikan hujah sebelum suruhanjaya mengeluarkan keputusan muktamadnya.

    Syarikat itu tidak memberikan respons dengan segera terhadap permintaan bagi komen tersebut.

    Keputusan suruhanjaya itu berasal daripada penyiasatan rasmi yang dibuka pada Jun 2021, untuk mengkaji sama ada Google melanggar peraturan persaingan blok itu dengan memihak kepada perkhidmatan teknologi iklan paparan dalam taliannya sendiri dengan mengorbankan penerbit pesaing, pengiklan dan perkhidmatan teknologi pengiklanan.

    YouTube merupakan salah satu fokus penyiasatan suruhanjaya itu, yang melihat sama ada Google menggunakan kedudukan dominannya dalam laman berkongsi video tersebut untuk memberikan keistimewaan kepada perkhidmatan pembelian iklannya sendiri dengan mengenakan sekatan ke atas pesaing.

    Perniagaan teknologi iklan Google juga sedang disiasat oleh badan pemantau anti-kepercayaan Britain dan berdepan litigasi di Amerika. – AP

    Tanda Google ditunjukkan di pejabat syarikat di San Francisco, 12 April. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda