Thursday, April 18, 2024
28.5 C
Brunei

    -

    Google dituduh cabul privasi pengguna

    BRUSSELS, 30 JUN – Kumpulan pengguna Eropah hari ini menuduh Google mencabul privasi online dengan menekan pengguna mereka untuk mendaftar masuk ke akaun Google supaya data mereka dapat dikesan dan dieksploitasi untuk keuntungan.

    Pertuduhan itu telah difailkan di bawah peraturan GDPR EU, sebuah peraturan privasi data Eropah yang direka untuk memastikan data peribadi warga Eropah tidak dieksploitasi secara haram.

    Pemerhati pengguna dari lima buah negara termasuk Perancis, Greece dan Slovenia memfailkan aduan dengan pihak berkuasa negara mereka di bawah koordinasi BEUC, Organisasi Pengguna Eropah.

    “Google menggunakan rekaan mengelirukan, bahasa tidak jelas dan pilihan memperdaya apabila pengguna mendaftar masuk ke akaun Google untuk menggalakkan pemprosesan data lebih ekstensif dan invasif,” kata BEUC dalam satu kenyataan.

    Persoalannya adalah pemusatan mencipta satu akaun apabila pengguna beralih kepada Google bagi perkhidmatannya, terutama apabila sistem pengoperasian Android syarikat yang digunakan oleh tujuh daripada 10 telefon seluruh dunia.

    Dipaksa untuk mereka satu akaun, pengguna kemudian diberi pilihan satu klik untuk ‘membenarkan Google memantau dan mengeksploitasi semua yang awda lakukan,” kata Ursula Pachl, timbalan ketua BEUC.

    “Jika awda mahu mendapatkan tetapan mesra privasi, awda perlu menavigasi melalui proses yang panjang dan beberapa pilihan tidak jelas dan mengelirukan,” tambahnya.

    Google menafikan pilihan daftar masuk ke akaunnya telah dihadkan. – AFP

    Kelihatan seorang pekerja berjalan di kampus Google di Mountain View, California pada 27 Jun. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...