Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Google lancar dua inisiatif baharu

    KUALA LUMPUR, 21 MAC –Teknologi gergasi, Google, hari ini mengumumkan dua inisiatif untuk melengkapkan belia Malaysia dengan kemahiran tersedia masa depan yang bertumpu kepada kecerdasan buatan (AI) dan untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan awam dengan bantuan peralatan produktiviti berasaskan awan yang dipacu AI, yang selaras dengan Kerangka Kerja Ekonomi Malaysia MADANI.

    Google berkata, inisiatif pertama melibatkan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk meningkatkan kemahiran belia tempatan daripada pelbagai latar belakang dengan menyediakan sehingga 500 biasiswa Sijil Kerjaya Google setiap satu kepada 161 universiti awam, politeknik dan kolej komuniti di Malaysia sehingga akhir 2024.

    “Direka bentuk oleh pakar Google, sembilan Sijil Kerjaya Google melibatkan bidang-bidang seperti keselamatan siber, analisis data dan sokongan IT. Ia boleh diperoleh dalam tempoh tiga hingga enam bulan melalui latihan dalam talian yang fleksibel dan pantas, tanpa memerlukan pengalaman terlebih dahulu,” kata Google dalam satu kenyataan.

    Inisiatif strategik bersama KPT ini menandakan pengembangan ketara bagi Gemilang, iaitu program latihan digital yang dilancarkan oleh Google pada 2022 untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia memperoleh kemahiran digital tanpa kos untuk pekerjaan dalam bidang teknologi yang mendapat permintaan tinggi, tambahnya.

    Sementara itu, inisiatif kedua melibatkan Jabatan Digital Negara untuk memulakan inisiatif strategik bagi menggunakan Google Workspace kepada 445,000 pegawai awam.

    Langkah itu sebagai contoh, akan membantu pegawai awam mempercepatkan pembangunan dasar, perancangan belanjawan dan perundingan awam dengan membolehkan mereka bekerjasama dalam melaksanakan tugas tanpa bertukar peralatan, mencari maklumat dengan mudah merentas repositori dokumen dalaman menggunakan keupayaan carian berkualiti Google dan memanfaatkan peralatan AI lain yang disediakan bersama untuk memperkemas aliran kerja dan memudahkan membuat keputusan berasaskan data. – Bernama

    Gambar bertarikh 21 Mac menunjukkan Karan Bhatia semasa wawancara dengan Bernama baru-baru ini. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda