Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Google lancar format ‘cerita AMP’ sendiri

    PARIS, 14 Feb – Google melancarkan format ‘cerita’ sendiri semalam untuk bersaing dengan Snapchat dan Instagram dengan artikel berita bergambar yang ditujukan kepada pengguna telefon bimbit dan tablet.

    Kandungan untuk ‘cerita Accelarate Mobile Pages (AMP)‘ mereka itu pada mulanya datang dari pengisian lain seperti majalah CNN, The Washington Post, Conde Nast, Wired dan US People, dan direka untuk memuatkan lebih cepat pada peranti mudah alih daripada artikel dan video konvensional.

    “Pada peranti mudah alih, pengguna melayari banyak artikel, tetapi lebih mendalam,” kata Rudy Galfi, pengurus produk untuk projek AMP.

    “Imej, video dan bantuan grafik mendapatkan perhatian pembaca secepat mungkin dan memastikan mereka terlibat melalui maklumat visual yang mudah diambil dan diguna,” katanya.

    Artikel ‘cerita AMP’ memenuhi skrin dan disediakan dengan imej dan video. Pengguna boleh menekan skrin utama untuk membaca lebih lanjut atau hanya menukar dengan menyentuh ke artikel seterusnya.

    Google semalam melancarkan format ‘cerita’ sendiri untuk bersaing dengan Snapchat dan Instagram dengan artikel berita bergambar. – AFP

    Google mendakwa format yang dibuka kepada pemaju perisian, memberikan ‘cara baharu untuk menceritakan kisah-kisah yang lebih mendalam’ tanpa ‘kos permulaan yang tinggi, khususnya untuk penerbit kecil’.

    Ia telah dibangunkan dengan media utama Amerika Syarikat (AS) dan juga boleh dibaca di komputer, walaupun para penganjurnya mengatakan bahawa kesan mendalam adalah lebih baik pada telefon bimbit.

    “Cerita AMP bertujuan membuat pengeluaran cerita semudah mungkin dari segi teknikal,” kata Google.

    “Web mudah alih adalah hebat untuk mengedarkan dan berkongsi kandungan, akan tetapi menguasai prestasinya boleh menjadikannya agak rumit,” tambahnya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda