Tuesday, February 11, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Google Maps paparkan Teluk Amerika untuk pengguna AS

    SAN JOSE, 11 FEB – Google telah menukar nama Gulf of Mexico atau Teluk Mexico kepada Gulf of America atau Teluk Amerika bagi pengguna perkhidmatannya di Amerika Syarikat (AS) selepas kerajaan AS secara unilateral menamakan semula perairan itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).  

    Bagi pengguna di luar Amerika Syarikat, kedua-dua nama masih dipaparkan.  

    Syarikat teknologi itu mengumumkan perubahan itu beberapa hari lalu, dengan alasan bahawa ia menjadi, “amalan dalam menerapkan perubahan nama apabila ia telah dikemas kini dalam sumber rasmi kerajaan.”  

    Lembaga Nama Geografi AS secara rasmi menukar nama perairan di pantai selatan AS dan pantai timur Mexico kelmarin, susulan arahan Presiden AS, Donald Trump untuk pelabelan semula bagi menghormati ‘keagungan Amerika’.

    Sebagai respons, Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum pula menegaskan bahawa, “bagi kami, ia tetap Teluk Mexico, dan bagi seluruh dunia, ia akan kekal sebagai Teluk Mexico.

    Perairan itu bukan sahaja bersempadan dengan negeri-negeri AS seperti Texas, Louisiana, Mississippi, Alabama dan Florida, tetapi juga dengan Mexico dan Cuba.

    Menurut dekri Trump, perubahan nama ini terpakai sehingga ke sempadan maritim Mexico dan Cuba.  – Bernama/dpa

    Peta dalam Google Maps yang telah dikemas kini menunjukkan Teluk Amerika di San Anselmo, California kelmarin. Google telah menamakan semula Teluk Mexico kepada Teluk Amerika untuk pengguna Amerika Syarikat. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda