Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Google patuhi perintah Korea Selatan kaburkan imej satelit pada peta

    SEOUL, 9 SEPT – Google berkata hari ini ia akan mematuhi permintaan kerajaan Korea Selatan untuk mengaburkan imej satelit sensitif pada perkhidmatan pemetaannya, membuka jalan kepada gergasi teknologi Amerika Syarikat itu bersaing dengan lebih baik dengan platform navigasi tempatan.

    Korea Selatan ialah salah satu daripada beberapa tempat di dunia, seperti Rusia dan China, di mana Peta Google tidak berfungsi sepenuhnya.

    Ini kerana undang-undang Korea Selatan menghendaki syarikat menyimpan data geospatial teras secara tempatan, sesuatu yang Google telah lama enggan lakukan.

    Akibatnya, syarikat teknologi domestik seperti Naver dan Kakao telah mengawal pasaran untuk perkhidmatan pemetaan, menjadikan navigasi lebih sukar bagi pengunjung asing yang tidak biasa dengan platform mereka. Google mengesahkan buat pertama kali hari ini ia akan mematuhi permintaan Seoul.

    “Kami telah mengesahkan komitmen kami dengan kerajaan untuk mengaburkan imej satelit seperti yang diperlukan dan kami akan meneliti imej yang diperoleh daripada pihak ketiga Korea yang diluluskan jika sesuai,” kata Naib Presiden Google, Cris Turner kepada pemberita.

    Pengumuman itu memberikan kesimpulan terhadap pertikaian hampir 20 tahun di mana Google telah berhujah untuk akses kepada peta Korea Selatan yang terperinci bagi menawarkan arah untuk berjalan kaki dan pemanduan penuh, jika Seoul enggan mengeksport data tersebut atas sebab keselamatan negara. – AFP

    Gambar fail bertarikh 19 Julai 2016 menunjukkan ibu pejabat Google di Mountain View, California. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda