Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Google rancang buat telefon pintar utama di India

    NEW DELHI, 19 OKT – Google merancang untuk menghasilkan telefon pintar utamanya, Pixel 8 di India, kata Ketua Pegawai Eksekutif Sundar Pichai hari ini, menyertai senarai syarikat teknologi global yang semakin meningkat mengehadkan pergantungan rantaian bekalan mereka terhadap China.

    Pengumuman Pichai berikutan pengeluaran telefon pintar terkini oleh pesaing teknologi Amerika Syarikat (AS), Apple bulan lalu, termasuk unit yang dikeluarkan di India, ketika gergasi teknologi menyasarkan kepada pasaran negara Asia Selatan yang berkembang pesat dan bekalan tenaga kerja mahir yang murah.

    “Kami berkongsi rancangan di #GoogleforIndia hari ini untuk mengeluarkan telefon pintar Pixel secara tempatan dan menjangkakan peranti pertama akan dilancarkan pada 2024,” kata Pichai pada X. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda