Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Google, Walmart umum kerjasama e-dagang

    SAN FRANCISCO, 23 Ogos – Google dan Walmart semalam mengumumkan satu perkongsian yang akan menjadikan produk peruncit sedia dijual di gedung membeli-belah online syarikat Internet tersebut.

    “Mulai akhir September, kami akan bekerjasama dengan Google untuk menawarkan beratus ribu barangan untuk beli-belah suara menerusi Google Assistant, jumlah barangan terbesar yang kini ditawarkan oleh peruncit menerusi platform tersebut,” kata Marc Lore, ketua e-dagang Wal-Mart, dalam blog.

    Walmart akan menyatukan Google Express, yang telahpun membenarkan pelanggan membeli produk daripada pelbagai jenis jenama, seperti Costco dan Walgreen, dalam platformnya dalam usaha untuk bersaing dengan syarikat membeli-belah online Amazon.

    Google dan Walmart umum perkongsian bagi kerjasama e-dagang. – AFP

    Amazon telah lama menjadikan keadaan sukar untuk Wal-Mart di internet dan kini juga bersaing dengannya dalam dunia sebenar dengan pemerolehannya ke atas rangkaian pasar raya, Whole Foods.

    Keputusan suku ketiga Wal-Mart, dikeluarkan pada awal bulan ini, sekali lagi memaparkan kedudukannya yang ketinggalan di belakang Amazon, walaupun jika keputusan adalah lebih baik daripada dijangka.

    Google juga menimbang untuk mengembang aktivitinya dalam bidang membeli-belah online, dikumpul bersama di bawah jenama Google Home. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda