Tuesday, October 15, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    GoPro kurangkan tenaga pekerja

    NEW YORK, 9 Jan – GoPro semalam mengumumkan yang ia akan mengurangkan lebih daripada 20 peratus kakitangannya dan mengisyaratkan untuk mempertimbangkan penjualan berikutan penjualan musim percutian yang lemah.

    Syarikat teknologi dan kamera itu berkata ia akan mengurangkan tenaga pekerjanya seramai 1,254 kepada kurang seribu orang.

    GoPro juga merancang untuk menarik diri dari perniagaan dron dan ketua Nicholas Woodman akan menerima gaji walau hanya AS$1 tahun ini. Harga saham syarikat itu telah jatuh menjunam di tengah-tengah laporan yang mengecewakan.

    Sumber memberitahu AFP bahawa GoPro telah mengupah JPMorgan Chase untuk menasihatinya mengenai pilihan strategik termasuk kemungkinan penjualan. Woodman sebelum ini memberitahu CNBC bahawa syarikat itu dijangka akan kekal bebas tetapi akan mempertimbangkan penjualan.

    Gambar bertarikh 26 Jun 2014 menunjukkan Nicholas Woodman meraikan IPO syarikatnya di Nasdaq MarketSite di New York. GoPro akan mengurangkan tenaga pekerjanya ekoran penjualan musim percutian yang lemah dan kejatuhan mendadak saham syarikat itu. – AP

    “Sekiranya ada peluang untuk kami bergabung dengan syarikat induk gergasi untuk memperbesarkan skala GoPro, itu adalah sesuatu yang akan kami lihat,” beritahu Woodman kepada CNBC.

    “Sudah tentu kami akan menjalankan perniagaan seolah-olah kami bebas, dan kami akan membuat perancangan dengan sewajarnya.

    GoPro telah meramalkan jualan suku keempat sebanyak AS$340 juta, jauh di bawah AS$474 juta sebagaimana yang diramalkan oleh penganalisis.

    Semasa pertengahan musim percutian, GoPro telah menurunkan harga bagi beberapa model kamera, telah meningkatkan penjualan akan tetapi telah mengurangkan margin keuntungannya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda